Al-'Alaq
94:3 Juz 30 · Page 597
ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
94:4 Juz 30 · Page 597
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
94:5 Juz 30 · Page 597
فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
94:6 Juz 30 · Page 597
إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
94:7 Juz 30 · Page 597
فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
94:8 Juz 30 · Page 597
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
التين

At-Tin

Buah Tin

8 verses Juz 30
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
95:1 Juz 30 · Page 597
وَٱلتِّينِ وَٱلزَّيْتُونِ
Demi buah Tiin dan Zaitun,
95:2 Juz 30 · Page 597
وَطُورِ سِينِينَ
Dan Gunung Tursina,
95:3 Juz 30 · Page 597
وَهَٰذَا ٱلْبَلَدِ ٱلْأَمِينِ
Serta negeri (Makkah) yang aman ini, -
95:4 Juz 30 · Page 597
لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍۢ
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
95:5 Juz 30 · Page 597
ثُمَّ رَدَدْنَٰهُ أَسْفَلَ سَٰفِلِينَ
Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,
95:6 Juz 30 · Page 597
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍۢ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.
95:7 Juz 30 · Page 597
فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِٱلدِّينِ
(Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?
95:8 Juz 30 · Page 597
أَلَيْسَ ٱللَّهُ بِأَحْكَمِ ٱلْحَٰكِمِينَ
Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?
العلق

Al-'Alaq

Segumpal Darah

19 verses Juz 30
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
96:1 Juz 30 · Page 597
ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
96:2 Juz 30 · Page 597
خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِنْ عَلَقٍ
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
96:3 Juz 30 · Page 597
ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
96:4 Juz 30 · Page 597
ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
96:5 Juz 30 · Page 597
عَلَّمَ ٱلْإِنسَٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
96:6 Juz 30 · Page 597
كَلَّآ إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَيَطْغَىٰٓ
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
96:7 Juz 30 · Page 597
أَن رَّءَاهُ ٱسْتَغْنَىٰٓ
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
96:8 Juz 30 · Page 597
إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجْعَىٰٓ
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
96:9 Juz 30 · Page 597
أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يَنْهَىٰ
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -
96:10 Juz 30 · Page 597
عَبْدًا إِذَا صَلَّىٰٓ
Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
96:11 Juz 30 · Page 597
أَرَءَيْتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلْهُدَىٰٓ
Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -
96:12 Juz 30 · Page 597
أَوْ أَمَرَ بِٱلتَّقْوَىٰٓ
Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
Reading Settings