Al-Insyirah
92:10 Juz 30 · Page 596
فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلْعُسْرَىٰ
Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;
92:11 Juz 30 · Page 596
وَمَا يُغْنِى عَنْهُ مَالُهُۥٓ إِذَا تَرَدَّىٰٓ
Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabiha ia telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)?
92:12 Juz 30 · Page 596
إِنَّ عَلَيْنَا لَلْهُدَىٰ
Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah).
92:13 Juz 30 · Page 596
وَإِنَّ لَنَا لَلْءَاخِرَةَ وَٱلْأُولَىٰ
Dan sesungguhnya Kamilah yang menguasai hari akhirat dan alam dunia.
92:14 Juz 30 · Page 596
فَأَنذَرْتُكُمْ نَارًۭا تَلَظَّىٰ
Maka (serentak dengan memberi hidayah petunjuk) Aku juga telah memberi amaran mengingatkan kamu akan api neraka yang marak menjulang,
92:15 Juz 30 · Page 596
لَا يَصْلَىٰهَآ إِلَّا ٱلْأَشْقَى
Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang yang sungguh celaka, -
92:16 Juz 30 · Page 596
ٱلَّذِى كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ
Yang telah mendustakan (kebenaran) dan berpaling ingkar.
92:17 Juz 30 · Page 596
وَسَيُجَنَّبُهَا ٱلْأَتْقَى
Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, -
92:18 Juz 30 · Page 596
ٱلَّذِى يُؤْتِى مَالَهُۥ يَتَزَكَّىٰ
Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,
92:19 Juz 30 · Page 596
وَمَا لِأَحَدٍ عِندَهُۥ مِن نِّعْمَةٍۢ تُجْزَىٰٓ
Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,
92:20 Juz 30 · Page 596
إِلَّا ٱبْتِغَآءَ وَجْهِ رَبِّهِ ٱلْأَعْلَىٰ
Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;
92:21 Juz 30 · Page 596
وَلَسَوْفَ يَرْضَىٰ
Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).
الضحى

Ad-Duha

Waktu matahari sepenggalahan naik (Dhuha)

11 verses Juz 30
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
93:1 Juz 30 · Page 596
وَٱلضُّحَىٰ
Demi waktu dhuha,
93:2 Juz 30 · Page 596
وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ
Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
93:3 Juz 30 · Page 596
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
93:4 Juz 30 · Page 596
وَلَلْءَاخِرَةُ خَيْرٌۭ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
93:5 Juz 30 · Page 596
وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
93:6 Juz 30 · Page 596
أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًۭا فَـَٔاوَىٰ
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
93:7 Juz 30 · Page 596
وَوَجَدَكَ ضَآلًّۭا فَهَدَىٰ
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
93:8 Juz 30 · Page 596
وَوَجَدَكَ عَآئِلًۭا فَأَغْنَىٰ
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
93:9 Juz 30 · Page 596
فَأَمَّا ٱلْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
93:10 Juz 30 · Page 596
وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
93:11 Juz 30 · Page 596
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
الشرح

Al-Insyirah

Melapangkan

8 verses Juz 30
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
94:1 Juz 30 · Page 596
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
94:2 Juz 30 · Page 596
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
Reading Settings