Al-Gasyiyah
87:11 Juz 30 · Page 592
وَيَتَجَنَّبُهَا ٱلْأَشْقَى
Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
87:12 Juz 30 · Page 592
ٱلَّذِى يَصْلَى ٱلنَّارَ ٱلْكُبْرَىٰ
Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
87:13 Juz 30 · Page 592
ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحْيَىٰ
Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
87:14 Juz 30 · Page 592
قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ
Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
87:15 Juz 30 · Page 592
وَذَكَرَ ٱسْمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
87:16 Juz 30 · Page 592
بَلْ تُؤْثِرُونَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا
(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
87:17 Juz 30 · Page 592
وَٱلْءَاخِرَةُ خَيْرٌۭ وَأَبْقَىٰٓ
Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
87:18 Juz 30 · Page 592
إِنَّ هَٰذَا لَفِى ٱلصُّحُفِ ٱلْأُولَىٰ
Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -
87:19 Juz 30 · Page 592
صُحُفِ إِبْرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ
Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.
الغاشية

Al-Gasyiyah

Hari Pembalasan

26 verses Juz 30
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
88:1 Juz 30 · Page 592
هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلْغَٰشِيَةِ
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
88:2 Juz 30 · Page 592
وُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍ خَٰشِعَةٌ
Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,
88:3 Juz 30 · Page 592
عَامِلَةٌۭ نَّاصِبَةٌۭ
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,
88:4 Juz 30 · Page 592
تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةًۭ
Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -
88:5 Juz 30 · Page 592
تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ ءَانِيَةٍۢ
Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.
88:6 Juz 30 · Page 592
لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍۢ
Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,
88:7 Juz 30 · Page 592
لَّا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِى مِن جُوعٍۢ
Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.
88:8 Juz 30 · Page 592
وُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍۢ نَّاعِمَةٌۭ
(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
88:9 Juz 30 · Page 592
لِّسَعْيِهَا رَاضِيَةٌۭ
Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -
88:10 Juz 30 · Page 592
فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍۢ
(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),
88:11 Juz 30 · Page 592
لَّا تَسْمَعُ فِيهَا لَٰغِيَةًۭ
Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,
88:12 Juz 30 · Page 592
فِيهَا عَيْنٌۭ جَارِيَةٌۭ
Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,
88:13 Juz 30 · Page 592
فِيهَا سُرُرٌۭ مَّرْفُوعَةٌۭ
Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),
88:14 Juz 30 · Page 592
وَأَكْوَابٌۭ مَّوْضُوعَةٌۭ
Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),
88:15 Juz 30 · Page 592
وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌۭ
Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),
88:16 Juz 30 · Page 592
وَزَرَابِىُّ مَبْثُوثَةٌ
Serta hamparan-hamparan yang terbentang.
88:17 Juz 30 · Page 592
أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ
(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
88:18 Juz 30 · Page 592
وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ رُفِعَتْ
Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
88:19 Juz 30 · Page 592
وَإِلَى ٱلْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ
Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
88:20 Juz 30 · Page 592
وَإِلَى ٱلْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ
Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
88:21 Juz 30 · Page 592
فَذَكِّرْ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٌۭ
Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;
88:22 Juz 30 · Page 592
لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ
Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).
Reading Settings