Al-Qalam
67:27 Juz 29 · Page 564
فَلَمَّا رَأَوْهُ زُلْفَةًۭ سِيٓـَٔتْ وُجُوهُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَقِيلَ هَٰذَا ٱلَّذِى كُنتُم بِهِۦ تَدَّعُونَ
Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!".
67:28 Juz 29 · Page 564
قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِنْ أَهْلَكَنِىَ ٱللَّهُ وَمَن مَّعِىَ أَوْ رَحِمَنَا فَمَن يُجِيرُ ٱلْكَٰفِرِينَ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍۢ
Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), - maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?".
67:29 Juz 29 · Page 564
قُلْ هُوَ ٱلرَّحْمَٰنُ ءَامَنَّا بِهِۦ وَعَلَيْهِ تَوَكَّلْنَا ۖ فَسَتَعْلَمُونَ مَنْ هُوَ فِى ضَلَٰلٍۢ مُّبِينٍۢ
Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".
67:30 Juz 29 · Page 564
قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَآؤُكُمْ غَوْرًۭا فَمَن يَأْتِيكُم بِمَآءٍۢ مَّعِينٍۭ
Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?".
القلم

Al-Qalam

Pena

52 verses Juz 29
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
68:1 Juz 29 · Page 564
نٓ ۚ وَٱلْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ
Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -
68:2 Juz 29 · Page 564
مَآ أَنتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍۢ
Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).
68:3 Juz 29 · Page 564
وَإِنَّ لَكَ لَأَجْرًا غَيْرَ مَمْنُونٍۢ
Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);
68:4 Juz 29 · Page 564
وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍۢ
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
68:5 Juz 29 · Page 564
فَسَتُبْصِرُ وَيُبْصِرُونَ
Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, -
68:6 Juz 29 · Page 564
بِأَييِّكُمُ ٱلْمَفْتُونُ
Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.
68:7 Juz 29 · Page 564
إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ وَهُوَ أَعْلَمُ بِٱلْمُهْتَدِينَ
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.
68:8 Juz 29 · Page 564
فَلَا تُطِعِ ٱلْمُكَذِّبِينَ
Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah).
68:9 Juz 29 · Page 564
وَدُّوا۟ لَوْ تُدْهِنُ فَيُدْهِنُونَ
Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).
68:10 Juz 29 · Page 564
وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍۢ مَّهِينٍ
Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -
68:11 Juz 29 · Page 564
هَمَّازٍۢ مَّشَّآءٍۭ بِنَمِيمٍۢ
Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -
68:12 Juz 29 · Page 564
مَّنَّاعٍۢ لِّلْخَيْرِ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ
Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa, -
68:13 Juz 29 · Page 564
عُتُلٍّۭ بَعْدَ ذَٰلِكَ زَنِيمٍ
Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.
68:14 Juz 29 · Page 564
أَن كَانَ ذَا مَالٍۢ وَبَنِينَ
Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)? -
68:15 Juz 29 · Page 564
إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ ءَايَٰتُنَا قَالَ أَسَٰطِيرُ ٱلْأَوَّلِينَ
Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".
68:16 Juz 29 · Page 564
سَنَسِمُهُۥ عَلَى ٱلْخُرْطُومِ
(Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu).
Reading Settings