An-Nasr
الكافرون

Al-Kafirun

Orang-orang kafir

6 verses Juz 30
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
109:1 Juz 30 · Page 603
قُلْ يَٰٓأَيُّهَا ٱلْكَٰفِرُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
109:2 Juz 30 · Page 603
لَآ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
109:3 Juz 30 · Page 603
وَلَآ أَنتُمْ عَٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ
"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
109:4 Juz 30 · Page 603
وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌۭ مَّا عَبَدتُّمْ
"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
109:5 Juz 30 · Page 603
وَلَآ أَنتُمْ عَٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ
"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
109:6 Juz 30 · Page 603
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِىَ دِينِ
"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
النصر

An-Nasr

Pertolongan

3 verses Juz 30
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
110:1 Juz 30 · Page 603
إِذَا جَآءَ نَصْرُ ٱللَّهِ وَٱلْفَتْحُ
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
110:2 Juz 30 · Page 603
وَرَأَيْتَ ٱلنَّاسَ يَدْخُلُونَ فِى دِينِ ٱللَّهِ أَفْوَاجًۭا
Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
110:3 Juz 30 · Page 603
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَٱسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ تَوَّابًۢا
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
المسد

Al-Lahab

Gejolak Api/ Sabut

5 verses Juz 30
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
111:1 Juz 30 · Page 603
تَبَّتْ يَدَآ أَبِى لَهَبٍۢ وَتَبَّ
Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
111:2 Juz 30 · Page 603
مَآ أَغْنَىٰ عَنْهُ مَالُهُۥ وَمَا كَسَبَ
Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
111:3 Juz 30 · Page 603
سَيَصْلَىٰ نَارًۭا ذَاتَ لَهَبٍۢ
Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
111:4 Juz 30 · Page 603
وَٱمْرَأَتُهُۥ حَمَّالَةَ ٱلْحَطَبِ
Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
111:5 Juz 30 · Page 603
فِى جِيدِهَا حَبْلٌۭ مِّن مَّسَدٍۭ
Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.
Reading Settings