Al-Humazah
العصر

Al-'Asr

Masa/Waktu

3 verses Juz 30
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
103:1 Juz 30 · Page 601
وَٱلْعَصْرِ
Demi Masa!
103:2 Juz 30 · Page 601
إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَفِى خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
103:3 Juz 30 · Page 601
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
الهمزة

Al-Humazah

Pengumpat

9 verses Juz 30
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
104:1 Juz 30 · Page 601
وَيْلٌۭ لِّكُلِّ هُمَزَةٍۢ لُّمَزَةٍ
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
104:2 Juz 30 · Page 601
ٱلَّذِى جَمَعَ مَالًۭا وَعَدَّدَهُۥ
Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
104:3 Juz 30 · Page 601
يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخْلَدَهُۥ
Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
104:4 Juz 30 · Page 601
كَلَّا ۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلْحُطَمَةِ
Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
104:5 Juz 30 · Page 601
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحُطَمَةُ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
104:6 Juz 30 · Page 601
نَارُ ٱللَّهِ ٱلْمُوقَدَةُ
(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -
104:7 Juz 30 · Page 601
ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلْأَفْـِٔدَةِ
Yang naik menjulang ke hati;
104:8 Juz 30 · Page 601
إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌۭ
Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
104:9 Juz 30 · Page 601
فِى عَمَدٍۢ مُّمَدَّدَةٍۭ
(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.
الفيل

Al-Fil

Gajah

5 verses Juz 30
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
105:1 Juz 30 · Page 601
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَٰبِ ٱلْفِيلِ
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
105:2 Juz 30 · Page 601
أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍۢ
Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
105:3 Juz 30 · Page 601
وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ
Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -
105:4 Juz 30 · Page 601
تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍۢ مِّن سِجِّيلٍۢ
Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, -
105:5 Juz 30 · Page 601
فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍۢ مَّأْكُولٍۭ
Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.
Reading Settings