99:1 Juz 30 · Page 599 إِذَا زُلْزِلَتِ ٱلْأَرْضُ زِلْزَالَهَا Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
99:2 Juz 30 · Page 599 وَأَخْرَجَتِ ٱلْأَرْضُ أَثْقَالَهَا Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
99:3 Juz 30 · Page 599 وَقَالَ ٱلْإِنسَٰنُ مَا لَهَا Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
99:4 Juz 30 · Page 599 يَوْمَئِذٍۢ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
99:5 Juz 30 · Page 599 بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
99:6 Juz 30 · Page 599 يَوْمَئِذٍۢ يَصْدُرُ ٱلنَّاسُ أَشْتَاتًۭا لِّيُرَوْا۟ أَعْمَٰلَهُمْ Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
99:7 Juz 30 · Page 599 فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًۭا يَرَهُۥ Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
99:8 Juz 30 · Page 599 وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍۢ شَرًّۭا يَرَهُۥ Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!