Al-'Alaq
العلق

Al-'Alaq

Segumpal Darah

19 verses Juz 30
Memorisation Mode
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
96:1 Juz 30 · Page 597
ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
96:2 Juz 30 · Page 597
خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِنْ عَلَقٍ
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
96:3 Juz 30 · Page 597
ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
96:4 Juz 30 · Page 597
ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
96:5 Juz 30 · Page 597
عَلَّمَ ٱلْإِنسَٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
96:6 Juz 30 · Page 597
كَلَّآ إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَيَطْغَىٰٓ
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
96:7 Juz 30 · Page 597
أَن رَّءَاهُ ٱسْتَغْنَىٰٓ
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
96:8 Juz 30 · Page 597
إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجْعَىٰٓ
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
96:9 Juz 30 · Page 597
أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يَنْهَىٰ
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -
96:10 Juz 30 · Page 597
عَبْدًا إِذَا صَلَّىٰٓ
Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
96:11 Juz 30 · Page 597
أَرَءَيْتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلْهُدَىٰٓ
Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -
96:12 Juz 30 · Page 597
أَوْ أَمَرَ بِٱلتَّقْوَىٰٓ
Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
96:13 Juz 30 · Page 598
أَرَءَيْتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ
Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
96:14 Juz 30 · Page 598
أَلَمْ يَعْلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ
Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
96:15 Juz 30 · Page 598
كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعًۢا بِٱلنَّاصِيَةِ
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -
96:16 Juz 30 · Page 598
نَاصِيَةٍۢ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٍۢ
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
96:17 Juz 30 · Page 598
فَلْيَدْعُ نَادِيَهُۥ
Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
96:18 Juz 30 · Page 598
سَنَدْعُ ٱلزَّبَانِيَةَ
Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
96:19 Juz 30 · Page 598
كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَٱسْجُدْ وَٱقْتَرِب ۩
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
Reading Settings