93:3 Juz 30 · Page 596 مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
93:4 Juz 30 · Page 596 وَلَلْءَاخِرَةُ خَيْرٌۭ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
93:5 Juz 30 · Page 596 وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
93:6 Juz 30 · Page 596 أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًۭا فَـَٔاوَىٰ Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
93:7 Juz 30 · Page 596 وَوَجَدَكَ ضَآلًّۭا فَهَدَىٰ Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
93:8 Juz 30 · Page 596 وَوَجَدَكَ عَآئِلًۭا فَأَغْنَىٰ Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
93:9 Juz 30 · Page 596 فَأَمَّا ٱلْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
93:10 Juz 30 · Page 596 وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
93:11 Juz 30 · Page 596 وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.